IZA & RATU @ HANIZA berposing gaya konpiden
Pada 02/09/04 yang biol...aku dan OKB Kay_Rex telah berkenan untuk menganjurkan sesi makan2 bersama users # RadioAktif.Users bertuah untuk kali ini ialah aweks dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu.Diorang nih pulak kebetulan sedang berkursus di INSPEN atau nama saintifiknyer ialah Institut Percukaian Negara (canggih laa pasal ada institut...).So diorang pun bagi tau ngan aku yang diorang teringin nak berjumpa face to face dengan aku yang encem nih (angkat bakul sinsri laa nih!!!).Aku dengan perasaan yang konpiden yang power pun mula mengorak strategi dengan menelefon OKB Kay_Rex untuk mendapatkan teman sepemakanan.Mamat nih dengan konpiden juga bersetuju dengan apa jua rancangan jahat kami nih(hehehehhh!!!!!!!) tapi meletakkan syarat iaitu kena pick up dia kat Dataran Mesjid Putrajaya....OK BOSS!!!!
Pada pukul 5ptg yang membuhsankan...,aku pun segera punch out kad aku dan secepat kilat memanaskan enjin kete aku tu...(alahai...ada hutang ampat taun lagi laa) dan shoot terus ke Putrajaya. Aiseyyy.....jem gilos baban nyer HighWay LDP nih.Rasa kekadang nak marah je pekerja tol tu.Macam ni laa lebih kurang laa dialog dia."Asal lalu je ko kutip tol,tapi jalan jem.Baik tak yah bayar tol kalau cenggini!!!".Tapi apakan daya...,dialog tu setakat dalam hati aku je pasal operator tol tu selalunyer aweks-aweks yang alamakkkk lawa nyer :p Lagi pun tak baik marah kat diorang tu pasal diorang tak salah,abang jamil yang salah!!!(erksss????)
Punyalah cipan nyer lambat akhirnya aku sampai gak kat masjid tu dan pick up OKB Kay.Pendekkan citer kami jemput lak aweks2 berdua tuh :p(Ratu bawak kawan dia).Terus kitorang kidnap bawak gi kajang dan pekena SATE HJ SAMURI yang tersohor tu....
Keadaan SATE sebelum dijamah...
Bila dah order sate dan sambil tunggu sate tu siap dibakar...,aku usha laa si ratu nih dan err lawa gak orangnya.Sumpah....kalau dia pinang aku,harus aku kahwin dengan dia nih :p eehehhehehh...kahwin free sapa takmo kan???.Si Ratu nih berketurunan bajau dan kawan sebelah dia tu opismate dia.Tapi Iza nih asal orang kelate weii..dapat laki orang Banjar Sabah(Perghhh tak sangka kat Sabah ada orang Banjar!!!).Terus duduk kat Sabah di samping husbandnya.(Melepas aku :p). aweks2 nih kira sporting laa jugak pasal diorang nih asyik ketawa memanjang je.
SATE selepas di nyummm...nyummm!!!Licin beb.....
Selepas tangki memasing dah penuh...,OKB Kay memberikan idea yang teramatlah bernas iaitu bawak aweks2 tu ronda2 kat Putrajaya.Kitorang pun terus bergerak maju menuju ke Putrajaya dan destinasi kami yang pertama ialah Dataran Mesjid Putrajaya.Dah sampai apalagi...,sesi fotografi pun bermula dengan lancarnya.Pastu bergambar kat tepi Tasik di Souq...,kemudian bergerak menuju ke Putra Perdana di mana terletaknya rumah rasmi PM iaitu Pak Lah(besau laa umah dia nih!!!).Pastu aku tinggalkan OKB Kay kat dataran Putrajaya dan aku pun hantar laa makcik2 :p (jangan marah ehehehh) tu balik hostel INSPEN tu.
Pihak # RadioAktif ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Ratu dan Iza kerana menyudikan diri keluar dengan aku dan OKB Kay.Insya-Allah kalau kitorang lak yang sampai kat Sabah....,korang laa kami akan carik kohkohkoh......Terima kasih tidak terperi kerana memberikan cenderamata dari Sabah (cantiknyer...:p keychain itu!!!).Semoga panjang umur murah rezeki dan kita akan berjumpa kembali.
Aku juga merakamkan setinggi terima kasih kepada OKB Kay yang sanggup turun padang dan bersama-sama memayung majlis makan2 nih.Jasa mu akan ku kenang jua..:p.Buat GM # RadioAktif iaitu Ir.LaPan...lain kali tu balik laa rumah awak tu awal-awal sikit....,ekekekkkk....
No comments:
Post a Comment